Rutin Penjagaan Kulit (Skincare Routine) : Dari Awal Hingga Akhir
Tahun 2025 ini saya baru nak berjinak-jinak dalam dunia 'skincare', ini semua sebab pernah bekerja sementara di kedai popular dengan produk-produk kecantikannya.
Jadi bila kena bantu 'customers' tentang masalah kulit muka yang diorang alami tanpa pengetahuan yang betul... memang mencabar ye. Lagi-lagi dengan pilihan yang bermacam- 'cleanser foam, toner, serum'.. rasa macam belajar bahasa alien.
Selepas banyak pembacaan tentang 'skincare', akhirnya saya menemui beberapa langkah penjagaan kulit muka yang sesuai dengan anda.
Sama ada anda baru memulakan rutin penjagaan kulit atau sedang mencari produk baru yang berkesan, berikut ialah 5 langkah penjagaan kulit mengikut urutan
Langkah-Langkah Penjagaan Kulit Mengikut Urutan
Langkah 1 : Cuci Muka
Mencuci muka adalah langkah asas yang sangat penting. Ia bertujuan untuk membersihkan pori-pori supaya kulit lebih bersih dan segar.
Jenis pencuci muka:
- Gel cleanser sesuai untuk kulit kering kerana mengandungi agen pelembap kepada kulit muka.
- Foam cleanser membantu menghilangkan sebum berlebihan dan mengelakkan pori tersumbat. Boleh menyebabkan kulit kering, jadi sesuai untuk kulit muka berminyak.
- Oil cleanser untuk menanggalkan solekan, kotoran, dan minyak berlebihan dari kulit (Double cleansing technique)
Recommendation:
- Dr.Dermis Hydraceutic Amino Acid Cleanser (sesuai untuk kulit kering dan sensitif)
- COSRX Salicylic Acid Daily Gentle Cleanser (sesuai untuk membersihkan pori muka tersumbat)
Langkah 2 : Toner
Membantu mengembalikan keseimbangan pH kulit selepas cuci muka dan menyingkirkan kotoran yang masih tertinggal, supaya produk seterusnya dapat diserap dengan lebih baik. Dengan inovasi terkini, toner kini mempunyai pelbagai fungsi gentle exfoliation, hydration, and skin tone correction.
Jenis toner :
- Gentle exfoliation toner direka untuk membuang sel kulit mati dan menggalakkan kulit yang lebih licin, cerah, selalunya menggunakan bahan seperti dibawah, tapi tak sesuai untuk ibu mengandung dan menyusu.
- AHAs (Alpha Hydroxy Acids): Glycolic acid, lactic acid, and citric acid ialah AHA biasa yang terkenal dengan sifat pengelupasan dan pencerahannya.
- BHAs (Beta Hydroxy Acids): Salicylic acid ialah BHA yang membersihkan liang pori tersumbat dan mengurangkan pengeluaran minyak.
- PHAs (Polyhydroxy Acids): Gluconolactone ialah PHA yang menawarkan pengelupasan dan penghidratan yang lembut.
- Hydration toner membantu menambah kelembapan dan mengimbangi pH kulit selepas pembersihan. Toner ini selalunya mengandungi bahan-bahan seperti Hyaluronic acid dan Glycerin
Recommendation :
- Beauty of joseon Ginseng Essence Water (sesuai untuk mengekalkan kelembapan muka)
Langkah 3 : Serums
Serum mengandungi bahan aktif yang pekat dan bertindak khusus untuk masalah kulit tertentu seperti jerawat, kulit kusam, atau tanda penuaan.
Jenis serum biasa:
- Vitamin C: Mencerahkan kulit dan melindungi dari radikal bebas
- Hyaluronic Acid: Melembapkan kulit dengan kuat
- Niacinamide: Mengurangkan minyak dan mengecilkan pori
- Retinol: Merangsang penghasilan kolagen dan melawan tanda penuaan
Langkah 4 : Pelembap (Moisturizer)
Pelembap berfungsi untuk mengekalkan kelembapan kulit supaya kulit kekal lembut, licin, dan tidak kering.
Recommendation :
- Dr.Dermis Double Power Vitamin Moisturizer
Langkah 5 : Pelindung Matahari ( Sunscreen)
Langkah paling penting untuk melindungi kulit dari kesan buruk sinar UV, yang boleh menyebabkan kulit cepat tua, bintik hitam, dan risiko kanser kulit.
Recommendation :
- Y.O.U Unbrella Aqua Sunscreen SPF 50 (sesuai untuk kulit sensitif)
"Jadi apa rahsia rutin penjagaan kulit korang? Jangan lupa kongsikan rutin dan produk kegemaran kalian di ruangan komen!"

Comments
Post a Comment