Rutin Penjagaan Kulit (Skincare Routine) : Dari Awal Hingga Akhir
Tahun 2025 ini saya baru nak berjinak-jinak dalam dunia 'skincare', ini semua sebab pernah bekerja sementara di kedai popular dengan produk-produk kecantikannya. Jadi bila kena bantu 'customers' tentang masalah kulit muka yang diorang alami tanpa pengetahuan yang betul... memang mencabar ye. Lagi-lagi dengan pilihan yang bermacam- 'cleanser foam, toner, serum'.. rasa macam belajar bahasa alien. Selepas banyak pembacaan tentang 'skincare', akhirnya saya menemui beberapa langkah penjagaan kulit muka yang sesuai dengan anda. Sama ada anda baru memulakan rutin penjagaan kulit atau sedang mencari produk baru yang berkesan, berikut ialah 5 langkah penjagaan kulit mengikut urutan Langkah-Langkah Penjagaan Kulit Mengikut Urutan Langkah 1 : Cuci Muka Mencuci muka adalah langkah asas yang sangat penting. Ia bertujuan untuk membersihkan pori-pori supaya kulit lebih bersih dan segar. Jenis pencuci muka: Gel cleanser sesuai untuk kulit kering kerana mengandungi a...